Latar belakang Rupert_Grint

Keluarga

Rupert merupakan anak sulung kepada Nigel Grint. Rupert mempunyai 3 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Personal

Seperti Ron Weasley, Rupert juga takut pada labah-labah. Ketika waktu lapang, Rupert lebih meluangkan masa dalam belajar tunggang basikal roda satu, tunggang basikal roda empat, melukis dan melakar, main golf, berenang dan bermain gitar. Dalam bulan Julai 2004, Rupert telah tamat sekolah Richard Hale dan mengambil peperiksaan GCSE untuk Seni dan Jerman.

Hasil dari lakonan siri-siri "Harry Potter", Rupert Grint telah membeli satu van aiskrim, dengan pembelian van tersebut, Rupert sering berjenaka dengan menyatakan sekiranya kerjaya lakonannya tidak berjaya selepas tamatnya siri Harry Potter, sekurang-kurangnya dia masih memiliki van tersebut. Mengikut dari temubual Emma Watson dengan Conan O' Brien, van terbabit mempunyai semua perasa aiskrim dan taburan atasnya. [1]